Tuesday 17 April 2012

Falsafah & Perkembangan Pendidikan Di Malaysia


UNIT 3        : SEJARAH PENJAJAHANKUASA ASING DI TANAH MELAYU

Soalan 1      : Berikan sebab-sebab utama penjajah Barat datang ke Timur?
           
Sejarah penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu bermula dengan kedatangan Portugis di Melaka, diikuti kemasukan Belanda dan Inggeris. Terdapat beberapa sebab utama kenapa para penjajah Barat ini datang ke Timur.
            Antara sebab utama kenapa Negara Barat ingin menguasai Negara-negara di sebelah timur adalah kerana kepulauan Tanah Melayu memang terkenal dengan keamanan dan kemakmuran serta kaya dengan hasil-hasilnya sehingga negara-negara barat menggelarkannya dengan gelaran “laluan sutera”. Tambahan pula negeri Melaka adalah sebuah negeri yang berkedudukan strategik untuk perdagangan di Asia Tenggara. Negeri Melaka juga terkenal dengan sebuah negeri yang mempunyai pelabuhan yang aman dan bebas dari ancaman lanun. Penaklukan Portugis di Melaka ini telah memaksa kapal-kapal yang belayar di Selat Melaka supaya masuk ke pelabuhan Melaka. Dengan cara ini cukai-cukai dapat dikenakan dan surat izin perlu dipohon dari Portugis dan kapal yang tidak mempunyai surat izin akan dirampas.
            Seterusnya Belanda juga telah menjalankan ekpedisi ke kepulauan Melayu apabila Portugis jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 di bawah pimpinan Cornelius de Houtman ke Acheh, Bantam dan Batawi. Ekspedisi ini telah memberi pulangan yang besar iaitu sebanyak 80,000 florin ke Belanda. Antara tahun 1595 dan 1601, sebanyak 65 kapal Belanda telah berjaya berdagang dengan kerajaan Patani, Grisek, Ambonia, Banda, Acheh, Ternate, Bantam dan Johor. Kedatangan VOC disambut baik oleh pemerintah negeri kerana bukan sahaja Belanda akan menjadi saingan kepada Portugis tetapi berharap Belanda membeli barangan seperti rempah, pala dan cengkih dengan harga yang lebih baik.
           
Ekoran persaingan yang hebat untuk merebut kawasan rempah, telah menyebabkan ketegangan telah berlaku antara VOC dan EIC. Mereka mula mencari penempatan baru untuk menjalankan urusan perniagaan. Kesannya VOC mula mengatur langkah menguasai perdagangan rempah di Nusantara secara kekerasan, tipu muslihat dan penaklukan melalui Betawi. Akhirnya mereka dapat menguasai negeri-negeri di sebelah timur untuk tujuan perdagangan. Seterusnya dapat menguasai ekonomi di timur.
            Pihak Inggeris juga ingin mengalihkan pusat perdagangannya dari Batavia  ke Bangkahulu pada tahun 1824. Kedatangan British ke Kepulauan Melayu bermula apabila Francis Drake (1577-1680) berjaya mengelilingi dunia. Maka pada tahun 1824 termeterailah perjanjian Inggeris-Belanda dengan membahagi “sphere of influence” kedua-dua pihak. Akibatnya Melaka telah diserahkan kepada Inggeris dan sebagai gantinya Inggeris menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda.
Kesimpulannya, faktor utama penjajahan kuasa Barat ke negeri-negeri di sebelah Timur adalah disebabkan negeri-negeri ini kaya dengan hasil rempah ratusnya seperti rempah, pala dan cengkih. Tambahan pula negeri Melaka terkenal dengan kedudukannya yang strategik.










UNIT 4      : SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS DARI  
                    TAHUN 1400 HINGGA 1786.
Soalan 2   : Bincangkan ciri sekolah pondok, perkembangan pendidikan pondok  
                    dan sumbangannya kepada pendidikan di Malaysia.

Sistem pendidikan pondok merupakan antara system yang terawal wujud di Tanah Melayu. Kewujudan ini hasil daripada penyebaran agama Islam ke Asia Tenggara oleh pedagang-pedagang Arab. Kedatangan mereka telah membina beberapa buah sekolah pondok terutamanya di negeri Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Brunie.
            Antara ciri-ciri yang boleh dilihat melalui penubuhan sekolah ini ialah menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik.  Subjek yang diajar lebih berbentuk keagamaan dan kebiasaannya dijalankan di surau atau masjid pada waktu malam dengan dihadiri oleh orang dewasa lelaki dan perempuan. Pondok didirikan atas usaha alim ulama dan masyarakat tempatan. Tempat pengajian selalunya berhampiran dengan rumah tuan guru dan asrama pelajar. Lokasi pondok sering ditemui di kawasan berhampiran pantai dan sungai. Biasanya pondok dibina daripada papan dan daun nipah atau rumbia dan kemudahan kelasnya hanya terdiri daripada papan dan galam. Manakala peralatan meja dan bangku dibuat sendiri oleh pelajar. Para pelajarnya akan membuat kerja sampingan untuk membantu tuan guru menyara kehidupan mereka seperti bertani, menangkap ikan, mencari kayu api dan mengangkat air.
            Dari segi kurikulum pondok pula ialah bercirikan pengajaran yang tidak formal. Pengajarannya dijar lebih kepada al-Quran, Fiqah dan Tauhid. Kaedah pembelajarannya adalah berbentuk hafalan. Buku-bukunya pula terdiri daripada kitab-kitab al-Quran, Hadis, Fiqah, Tauhid dan Tassawuf. Dari segi yuran pengajian tidak ditetapkan. Tetapi bagi mereka yang berada adalah digalakkan menghulurkan sumbangan dan derma. Manakala bagi pelajar yang kurang mampu boleh membawa buah tangan seperti beras dan pakaian untuk guru sebagai penghormatan.
            Perkembangan pendidikan pondok telah menyebabkan institusi pondok telah merebak ke semua negeri di Tanah Melayu. Para sarjana berpakat mengatakan bahawa sistem bermula dari Pattani yang terletak di utara Semenanjung dan ulama tersohornya ialah Syeikh Daud al-Fatani. Walaupun organisasi dan reka bentuk sekolah pondok berbeza-beza tetapi sebelum abad kedua puluh telah wujud kesedaran di kalangan rakyat tentang peri pentingnya pendidikan.
            Pelbagai sumbangan telah diberikan hasil daripada pengajian di sekolah ini. Antaranya ialah melahirkan ramai ilmuwan agama seperti Sheikh Abdul Malik bin Abdullah (Tuk Pulau Manis) di Terangganu, Tuk Kenali di Kelantan serta Haji Muhammad Taib Mufti di Kedah. Selain daripada itu, hasil daripada penubuhan sekolah pondok juga dapat menterjemahkan pelbagai buku Bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu. Selain itu, ia juga menyumbang kepada orang melayu agar sedar akan penguasaan penjajah suatu ketika dahulu. Sistem pondok juga turut membantu dalam usaha memperluaskan ilmu pengetahuan mengenai bahasa arab dan agama Islam secara meluas. Pada masa kini, pendidikan pondok sudah meluas hampir ke seluruh negara kita. Sistem pondok juga memberi minat terhadap para pelajarnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dan menggalakkan juga mereka menjadi ahli-ahli masjid dan pendakwah.
            Hasil daripada perkembangan sistem pondok ini, agama Islam telah tersebar meluas ke seluruh dunia serta memudahkan orang ramai untuk mempelajari ilmu al-Quran dan agama Islam. Ia juga menjadi tunjang kepada penubuhan sekolah agama moden.



UNIT 5      : SISTEM PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU
Soalan 3   : Perihalkan corak pendidikan vernakular berikut:
·         Sekolah Vernakular Melayu
·         Sekolah Vernakular Cina
·         Sekolah Vernakular India

            Pendidikan ialah proses dan aktiviti yang membawa perubahan kepada individu mengikut nilai dan norma sesebuah masyarakat. Pendidikan mempunyai skop yang luas dalam kehidupan manusia. Ia berbentuk sepanjang hayat tanpa melalui tempoh tertentu. Juga diwarisi oleh generasi ke generasi.
            Corak pendidkan di Tanah melayu dari tahun 1786 hingga 1941 banyak dipengaruhi oleh sistem pendidikan semasa pendudukan British di Tanah Melayu. Ketika itu, British telah menjalankan dasar pecah dan perintah semasa menjajah Tanah Melayu. Sistem pendidikan yang diamalkan adalah bersifat vernakular iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Sistem persekolahan ini berbeza dari segi lokasi, bahasa pengantar, kaum serta kurikulum mengikut sekolah masing-masing.
            Sekolah vernakular Melayu lebih tertumpu kepada masyarakat asli Tanah Melayu dan didirikan di kawasan perkampungan. Sekolah ini menekankan subjek seperti bacaan, mengarang, mengeja, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan latihan congak serta ilmu alam. Pada awal kurun abad ke 20-an pula diajar subjek perkebunan, anyaman, dan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
            Berbeza pula dengan sekolah vernakular Cina, ianya agak tertumpu di kawasan Bandar serta menggunakan bahasa pengantarnya iaitu bahasa Cina. Sekolah pertama didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di Melaka pada tahun 1815. Kurikulum berdasarkan pelajar klasik Cina-Teks Confucius. Antara perkara-perkara yang diajar ialah menghafal klasik lama, kaligrafi, ilmu kira-kira dengan abacus. Kemudiannya pada awal 20-an ditambah dengan subjek sejarah, ilmu alam, sains, moral, bahasa, ilmu hisab, lukisan, menyanyi dan latihan jasmani. Kebanyakan perbelanjaan sekolah tersebut mendapat pembiayaan daripada bantuan kerajaan dan pembiayaan sendiri. Pada awalnya penubuhan sekolah ini adalah bermotifkan politik Tanah Besar dan anti Inggeris. Seterusnya pada tahun 1920 Inggeris telah meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah bertujuan mengawal aktiviti subversif di sekolah cina. Sekolah Cina yang mendaftar di bawah Enakmen akan mendapat bantuan kewangan pihak British.
            Beralih pula kepada sekolah vernakular India. Ia lebih tertumpu di bahagian lading-ladang getah. Sekolah ini menggunakan bahasa pengantar iaitu Bahasa Tamil serta mengimport buku dari negara India. Telah ditubuhkan di Penang Free School pada tahun 1816. Ianya lebih tertumpu kepada anak-anak buruh India yang bekerja di lading getah, kelapa dan buruh di Jabatan Kerja Raya dan keretapi. Kod Buruh 1902 telah mewajibkan setiap lading yang terdapat sepuluh orang kanak-kanak di dalam umur persekolahan (7-14 tahun) dikehendaki menyediakan sekolah dan guru untuk kanak-kanak itu.











 UNIT  6    : SEJARAH PENDIDIKAN PRA MERDEKA (1941-1957)
Soalan  4  : Laporan Razak 1956 dijadikan rujukan utama dalam perkembangan
                    pendidikan selepas kemerdekaan.
                    Apakah syor-syor utama dalam Laporan Razak?


            Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan pada ketika itu. Pada masa itu sebagai Menteri Pendidikan pertama, Tun Razak telah merancang satu sistem pelajaran yang dapat diterima oleh rakyat dan dikenali sebagai Penyata Razak (1956) yang mengandungi 17 perakuan yang menjadi prinsip asas Ordinan 1957. Penyata Razak bertujuan untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa.
            Beberapa syor penting dalam Laporan Razak 1956 iaitu penubuhan dua jenis sekolah sahaja iaitu sekolah rendah bersendirian atau yang menerima bantuan dan sekolah menengah yang bersendirian atau mendapat bantuan kerajaan. Seterusnya menukarkan sekolah rendah yang ada kepada sekolah-sekolah umum iaitu bahasa pengantarnya Bahasa Melayu dan sekolah-sekolah jenis umum iaitu bahasa pengantarnya Cina, Tamil atau Inggeris. Syor yang seterusnya ialah menjadikan Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dalam semua sekolah rendah dan menengah.
            Seterusnya Laporan Razak 1956 telah mensyorkan penubuhan satu jenis sekolah menengah kebangsaan terbuka secara saingan kepada semua bangsa. Kurikulumnya menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan boleh diubahsuai untuk membenarkan pengajaran semua bahasa dan kebudayaan Tanah Melayu serta mempunyai ruang untuk berbagai-bagai bahasa menjadi bahasa pengantar. Penyata ini juga telah mengorientasikan semua sekolah ke arah Tanah Melayu melalui kandungan sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama. Penyata ini juga telah mengambil langkah-langkah bagi memupuk perkembangan bahasa kebangsaan dan mempertingkatkan pengetahuannya di Persekutuan Tanah Melayu. Dalam aspek pengajaran pula, guru-guru sekolah rendah dan menengah mestilah mempunyai kelayakan yang cukup. Semua guru akan diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional dan sekaligus menubuhkan Jemaah Nazir Persekutuan.
            Akhir sekali, Laporan Razak 1956 mengambilkira beberapa matlamat dan akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia dan cadangan-cadangan penyata tersebut akan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.

















UNIT 11      : KONSEP PENDIDIKAN : EDUCERE DAN EDUCARE
Soalan 5     : Huraikan perbezaan antara educere dan educare dari aspek berikut:
·         Konsep
·         Ciri-ciri
·         Contoh-contoh aktiviti harian

Educere bermakna menzahirkan keupayaan diri atau ‘to lead out’. Bermaksud pembelajaran untuk membina manusia yang mencapai tahap sedar-kendiri (self-realization) tentang kewujudan diri dalam hubungan kewujudan makhluk-makhluk lain, alam dan Maha Pencipta. Dari segi konsep, educere dilihat sebagai didikan. Ia lebih memfokuskan kepada
komponen akliah atau intelek. Matlamatnya adalah kepada pembinaan fikiran yang bijaksana dan rasional serta pembinaan jiwa manusia yang murni. Manakala educare pula bermaksud latihan atau ‘to train’ mengikut keperluan seperti keperluan hidup, keperluan sosial, keperluan pembangunan ekonomi dan sebagainya. Educare berakhir apabila kemahiran yang diharapkan tercapai. Educare melihat manusia sebagai tin kosong yang mana perlu diisi pengetahuan samada releven atau pun tidak. Konsep pendidikannya, pembelajaran adalah berasaskan tertentu ataupun atas sesuatu kepentingan.
            Dari perspektif ciri-ciri kedua-dua konsep ini pula, educere lebih bersifat normatif di mana ianya lebih ideal dan menyeluruh mengenai manusia terdidik. Proses pembelajaran educere tidak ada akhirnya kerana ia merupakan pembelajaran untuk pembelajaran atau pembelajaran untuk menambah ilmu dan kebijaksanaan (learning for the sake of learning). Hasilnya dapat dilihat secara implisit. Proses pendidikannya adalah proses jangka panjang dan tidak ada batas sempadan. Didikan mengutamakan pendekatan child-centred iaitu berbentuk pemusatan individu. Ia berpegang kepada pengukuhan kemanusiaan iaitu untuk membina manusia yang berakal rasional, sedar kendiri, berperibadi sejajar sebagai taraf manusia, melebihi haiwan, tumbuhan dan makhluk lain. Pendidikannya adalah sebagai satu kehidupan dan bukannya untuk kehidupan. Manakala ciri-ciri educare pula lebih bersifat instrumental iaitu pembelajaran merupakan cara bagi mendapatkan sesuatu keperluan seperti keperluan ekonomi, sosial dan politik. Pendidikannya mesti relevan dan pragmatik demi kemandrian (survival) manusia di dalam masyarakat atau pendidikan untuk sesuatu fungsi dan untuk manusia berfungsi. Bagi latihan, hasilnya dapat dilihat dan diberi nilai tertakluk kepada batas masa dan tempat. Misalnya pembelajaran yang berlaku di sekolah, maktab, university atau institusi-institusi lain dalam tempoh masa yang tertentu. Produk atau output latihan adalah pelajar yang menjalani latihan dalam jangka masa yang ditetapkan. Educare bersifat tidak normatif kerana terpengaruh dengan aspek sosialisasi iaitu penyedaran manusia untuk memainkan peranan sebagai peserta dalam masyarakat.
            Contoh konsep educere dalam aktiviti harian ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berterusan daripada prasekolah sehinggalah pencapaian keperingkat universiti. Manakala contoh bagi konsep educare pula seperti memasuki sesuatu kursus kemahiran seperti menjahit dan  membaiki barangan elektrik dalam sesuatu tempoh tertentu.


































No comments:

Post a Comment