MASALAH
PENGELUARAN ATAU EKSPLOITASI SUMBER
Keperluan manusia terhadap
sesuatu sumber telah menyebabkan manusia cuba mengeksploitasikannya sebanyak
yang mungkin. Hari ini dengan adanya cara moden dan penggunaan teknologi tinggi
telah melihatkan tahap eksploitasi yang begitu pesat. Eksploitasi sumber-sumber
ini, sama ada yang boleh diperbaharui atau tidak, kini telah mendatangkan
beberapa masalah yang tidak dirasai sebelum ini. Antaranya:
Eksploitasi
yang tidak terancang
Eksploitasi sumber yang tiak
terancang seperti pembalakan dan pembukaan hutan secara besar-besaran untuk
penerokaan tanah bukan sahaja menyebabkan hutan semakin hari semakin
berkurangan dan sempit, tetapi juga memupuskan sesuatu jenis pokok. Tidak
adanya kerja penanaman semula menyulitkan lagi masalah ini, dan kesannya akan
dirasai oleh generasi akan datang. Pembalakan di sebelah hulu sungai atau di
kawasan tadahan sungai, bukan sahaja menyebabkan hakisan tanah, tetapi juga
masalah sampingan yang lain. Antaranya ialah menyebabkan tanah yang telah
terhakis itu tidak lagi sesuai atau subur untuk pertanian, pemendapan mendak
yang terhakis di dasar sungai di bahagian hilirnya mencetekkan dasar sungai.
Banjir bukan sahaja merosakkan tanaman serta harta benda, tetapi mungkin juga
menyebabkan kehilangan nyawa.
Selain
itu, mungkin kesan yang mula dirasa hari ini ekoran dari penebangan hutan
secara berleluasa tanpa dirancang ialah kenaikan suhu dunia. Kenaikan suhu
secara global ini boleh mendatangkan kesan yang lebih dahsyat lagi sekiranya
air laut naik dan menenggelamkan kawasan-kawasan yang rendah. Kawasan hutan
yang semakin berkurangan juga bererti kawasan tadahan juga turut menjadi
semakin sempit. Ini akan mendatangkan kesan negative kepada system sungai,
Bahaya
eksploitasi
Eksploitasi sumber bukanlah
semudah penggunaannya. Kerja-kerja mengeluarkan galian berbahaya kepada pekerja
lombong. Kejadian tanah runtuh atau lombong runtuh dan lombong terbakar sering
meragut nyawa pelombong sepertimana yang sering berlaku di lombong arang batu.
Kemalangan di kalangan pekerja balak juga tidak kurang banyaknya. Kecederaan
yang menimpa pekerja balak akan meninggalkan kesan sepanjang hayat.
Eksploitasi
yang keterlaluan
Eksploitasi yang keterlaluan kini
telah menyebabkan sumber semakin terancam, seperti iakn yang semakin
berkurangan sama ada kerana pencemaran air atau penangkapan menggunakan alat
moden yang berleluasa tanpa had dan sekatan. Keadaaan ini menyebabkan jumlah
tangkapan ikan lebih banyak daripada yang membiak. Pencemaran air pula mungkin
disebabkan oleh pembuangan sisa kimia kilang atau tumpahan minyak menyebabkan
ikan mati.
Eksploitasi
sumber tanah yang keterlaluan di sesuatu negara juga tealh mendatangkan kesan
negatif. Kegiatan pertanian tanpa pembaharuan baja telah menyebabkan kekurangan
galian tertentu yang penting untuk pertumbuhan dan pembesaran tanaman. Di
samping itu, ragutan yang berlebihan bukan sahaja memusnahkan struktur tanah,
tetapi juga mempercepat proses hakisan tanah oleh air dan angin terutamanya di
kawasan tropika.
No comments:
Post a Comment