UNIT 3 : SEJARAH PENJAJAHANKUASA ASING DI TANAH
MELAYU
Soalan 1 : Berikan sebab-sebab utama penjajah
Barat datang ke Timur?
Sejarah
penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu bermula dengan kedatangan Portugis di
Melaka, diikuti kemasukan Belanda dan Inggeris. Terdapat beberapa sebab utama
kenapa para penjajah Barat ini datang ke Timur.
Antara sebab utama kenapa Negara
Barat ingin menguasai Negara-negara di sebelah timur adalah kerana kepulauan
Tanah Melayu memang terkenal dengan keamanan dan kemakmuran serta kaya dengan
hasil-hasilnya sehingga negara-negara barat menggelarkannya dengan gelaran
“laluan sutera”. Tambahan pula negeri Melaka adalah sebuah negeri yang
berkedudukan strategik untuk perdagangan di Asia Tenggara. Negeri Melaka juga
terkenal dengan sebuah negeri yang mempunyai pelabuhan yang aman dan bebas dari
ancaman lanun. Penaklukan Portugis di Melaka ini telah memaksa kapal-kapal yang
belayar di Selat Melaka supaya masuk ke pelabuhan Melaka. Dengan cara ini
cukai-cukai dapat dikenakan dan surat izin perlu dipohon dari Portugis dan
kapal yang tidak mempunyai surat izin akan dirampas.
Seterusnya Belanda juga telah
menjalankan ekpedisi ke kepulauan Melayu apabila Portugis jatuh ke tangan
Belanda pada tahun 1641 di bawah pimpinan Cornelius de Houtman ke Acheh, Bantam
dan Batawi. Ekspedisi ini telah memberi pulangan yang besar iaitu sebanyak
80,000 florin ke Belanda. Antara tahun 1595 dan 1601, sebanyak 65 kapal Belanda
telah berjaya berdagang dengan kerajaan Patani, Grisek, Ambonia, Banda, Acheh,
Ternate, Bantam dan Johor. Kedatangan VOC disambut baik oleh pemerintah negeri
kerana bukan sahaja Belanda akan menjadi saingan kepada Portugis tetapi
berharap Belanda membeli barangan seperti rempah, pala dan cengkih dengan harga
yang lebih baik.
Ekoran
persaingan yang hebat untuk merebut kawasan rempah, telah menyebabkan
ketegangan telah berlaku antara VOC dan EIC. Mereka mula mencari penempatan
baru untuk menjalankan urusan perniagaan. Kesannya VOC mula mengatur langkah
menguasai perdagangan rempah di Nusantara secara kekerasan, tipu muslihat dan
penaklukan melalui Betawi. Akhirnya mereka dapat menguasai negeri-negeri di
sebelah timur untuk tujuan perdagangan. Seterusnya dapat menguasai ekonomi di
timur.
Pihak Inggeris juga ingin
mengalihkan pusat perdagangannya dari Batavia
ke Bangkahulu pada tahun 1824. Kedatangan British ke Kepulauan Melayu
bermula apabila Francis Drake (1577-1680) berjaya mengelilingi dunia. Maka pada
tahun 1824 termeterailah perjanjian Inggeris-Belanda dengan membahagi “sphere
of influence” kedua-dua pihak. Akibatnya Melaka telah diserahkan kepada
Inggeris dan sebagai gantinya Inggeris menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda.
Kesimpulannya,
faktor utama penjajahan kuasa Barat ke negeri-negeri di sebelah Timur adalah
disebabkan negeri-negeri ini kaya dengan hasil rempah ratusnya seperti rempah,
pala dan cengkih. Tambahan pula negeri Melaka terkenal dengan kedudukannya yang
strategik.
UNIT 4 : SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN
INGGERIS DARI
TAHUN 1400 HINGGA 1786.
Soalan 2 : Bincangkan ciri sekolah pondok,
perkembangan pendidikan pondok
dan sumbangannya kepada
pendidikan di Malaysia.
Sistem
pendidikan pondok merupakan antara system yang terawal wujud di Tanah Melayu.
Kewujudan ini hasil daripada penyebaran agama Islam ke Asia Tenggara oleh
pedagang-pedagang Arab. Kedatangan mereka telah membina beberapa buah sekolah
pondok terutamanya di negeri Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Brunie.
Antara ciri-ciri yang boleh dilihat
melalui penubuhan sekolah ini ialah menjalankan sistem pengajaran dan
pembelajaran yang lebih sistematik.
Subjek yang diajar lebih berbentuk keagamaan dan kebiasaannya dijalankan
di surau atau masjid pada waktu malam dengan dihadiri oleh orang dewasa lelaki
dan perempuan. Pondok didirikan atas usaha alim ulama dan masyarakat tempatan.
Tempat pengajian selalunya berhampiran dengan rumah tuan guru dan asrama
pelajar. Lokasi pondok sering ditemui di kawasan berhampiran pantai dan sungai.
Biasanya pondok dibina daripada papan dan daun nipah atau rumbia dan kemudahan
kelasnya hanya terdiri daripada papan dan galam. Manakala peralatan meja dan
bangku dibuat sendiri oleh pelajar. Para pelajarnya akan membuat kerja
sampingan untuk membantu tuan guru menyara kehidupan mereka seperti bertani,
menangkap ikan, mencari kayu api dan mengangkat air.
Dari segi kurikulum pondok pula
ialah bercirikan pengajaran yang tidak formal. Pengajarannya dijar lebih kepada
al-Quran, Fiqah dan Tauhid. Kaedah pembelajarannya adalah berbentuk hafalan.
Buku-bukunya pula terdiri daripada kitab-kitab al-Quran, Hadis, Fiqah, Tauhid
dan Tassawuf. Dari segi yuran pengajian tidak ditetapkan. Tetapi bagi mereka
yang berada adalah digalakkan menghulurkan sumbangan dan derma. Manakala bagi
pelajar yang kurang mampu boleh membawa buah tangan seperti beras dan pakaian
untuk guru sebagai penghormatan.
Perkembangan pendidikan pondok telah
menyebabkan institusi pondok telah merebak ke semua negeri di Tanah Melayu.
Para sarjana berpakat mengatakan bahawa sistem bermula dari Pattani yang
terletak di utara Semenanjung dan ulama tersohornya ialah Syeikh Daud
al-Fatani. Walaupun organisasi dan reka bentuk sekolah pondok berbeza-beza
tetapi sebelum abad kedua puluh telah wujud kesedaran di kalangan rakyat
tentang peri pentingnya pendidikan.
Pelbagai sumbangan telah diberikan
hasil daripada pengajian di sekolah ini. Antaranya ialah melahirkan ramai
ilmuwan agama seperti Sheikh Abdul Malik bin Abdullah (Tuk Pulau Manis) di
Terangganu, Tuk Kenali di Kelantan serta Haji Muhammad Taib Mufti di Kedah.
Selain daripada itu, hasil daripada penubuhan sekolah pondok juga dapat
menterjemahkan pelbagai buku Bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu. Selain itu, ia
juga menyumbang kepada orang melayu agar sedar akan penguasaan penjajah suatu
ketika dahulu. Sistem pondok juga turut membantu dalam usaha memperluaskan ilmu
pengetahuan mengenai bahasa arab dan agama Islam secara meluas. Pada masa kini,
pendidikan pondok sudah meluas hampir ke seluruh negara kita. Sistem pondok
juga memberi minat terhadap para pelajarnya melanjutkan pelajaran ke Universiti
Al-Azhar dan menggalakkan juga mereka menjadi ahli-ahli masjid dan pendakwah.
Hasil daripada perkembangan sistem
pondok ini, agama Islam telah tersebar meluas ke seluruh dunia serta memudahkan
orang ramai untuk mempelajari ilmu al-Quran dan agama Islam. Ia juga menjadi
tunjang kepada penubuhan sekolah agama moden.
UNIT 5 : SISTEM PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU
Soalan
3 : Perihalkan corak pendidikan vernakular
berikut:
·
Sekolah Vernakular Melayu
·
Sekolah Vernakular Cina
·
Sekolah Vernakular India
Pendidikan ialah proses dan aktiviti
yang membawa perubahan kepada individu mengikut nilai dan norma sesebuah
masyarakat. Pendidikan mempunyai skop yang luas dalam kehidupan manusia. Ia
berbentuk sepanjang hayat tanpa melalui tempoh tertentu. Juga diwarisi oleh
generasi ke generasi.
Corak pendidkan di Tanah melayu dari
tahun 1786 hingga 1941 banyak dipengaruhi oleh sistem pendidikan semasa
pendudukan British di Tanah Melayu. Ketika itu, British telah menjalankan dasar
pecah dan perintah semasa menjajah Tanah Melayu. Sistem pendidikan yang
diamalkan adalah bersifat vernakular iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan
Inggeris. Sistem persekolahan ini berbeza dari segi lokasi, bahasa pengantar,
kaum serta kurikulum mengikut sekolah masing-masing.
Sekolah vernakular Melayu lebih
tertumpu kepada masyarakat asli Tanah Melayu dan didirikan di kawasan
perkampungan. Sekolah ini menekankan subjek seperti bacaan, mengarang, mengeja,
menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan latihan congak serta ilmu alam. Pada
awal kurun abad ke 20-an pula diajar subjek perkebunan, anyaman, dan 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira.
Berbeza pula dengan sekolah
vernakular Cina, ianya agak tertumpu di kawasan Bandar serta menggunakan bahasa
pengantarnya iaitu bahasa Cina. Sekolah pertama didirikan oleh Persatuan
Mubaligh London di Melaka pada tahun 1815. Kurikulum berdasarkan pelajar klasik
Cina-Teks Confucius. Antara perkara-perkara yang diajar ialah menghafal klasik
lama, kaligrafi, ilmu kira-kira dengan abacus. Kemudiannya pada awal 20-an
ditambah dengan subjek sejarah, ilmu alam, sains, moral, bahasa, ilmu hisab,
lukisan, menyanyi dan latihan jasmani. Kebanyakan perbelanjaan sekolah tersebut
mendapat pembiayaan daripada bantuan kerajaan dan pembiayaan sendiri. Pada
awalnya penubuhan sekolah ini adalah bermotifkan politik Tanah Besar dan anti
Inggeris. Seterusnya pada tahun 1920 Inggeris telah meluluskan Enakmen
Pendaftaran Sekolah bertujuan mengawal aktiviti subversif di sekolah cina.
Sekolah Cina yang mendaftar di bawah Enakmen akan mendapat bantuan kewangan
pihak British.
Beralih pula kepada sekolah
vernakular India. Ia lebih tertumpu di bahagian lading-ladang getah. Sekolah
ini menggunakan bahasa pengantar iaitu Bahasa Tamil serta mengimport buku dari
negara India. Telah ditubuhkan di Penang Free School pada tahun 1816. Ianya
lebih tertumpu kepada anak-anak buruh India yang bekerja di lading getah,
kelapa dan buruh di Jabatan Kerja Raya dan keretapi. Kod Buruh 1902 telah
mewajibkan setiap lading yang terdapat sepuluh orang kanak-kanak di dalam umur
persekolahan (7-14 tahun) dikehendaki menyediakan sekolah dan guru untuk
kanak-kanak itu.
UNIT
6 : SEJARAH PENDIDIKAN PRA MERDEKA (1941-1957)
Soalan 4 :
Laporan Razak 1956 dijadikan rujukan utama dalam perkembangan
pendidikan selepas
kemerdekaan.
Apakah
syor-syor utama dalam Laporan Razak?
Penyata
Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa
kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan pada ketika itu. Pada
masa itu sebagai Menteri Pendidikan pertama, Tun Razak telah merancang satu
sistem pelajaran yang dapat diterima oleh rakyat dan dikenali sebagai Penyata
Razak (1956) yang mengandungi 17 perakuan yang menjadi prinsip asas Ordinan
1957. Penyata Razak bertujuan untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan
yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa.
Beberapa
syor penting dalam Laporan Razak 1956 iaitu penubuhan dua jenis sekolah sahaja
iaitu sekolah rendah bersendirian atau yang menerima bantuan dan sekolah
menengah yang bersendirian atau mendapat bantuan kerajaan. Seterusnya
menukarkan sekolah rendah yang ada kepada sekolah-sekolah umum iaitu bahasa
pengantarnya Bahasa Melayu dan sekolah-sekolah jenis umum iaitu bahasa
pengantarnya Cina, Tamil atau Inggeris. Syor yang seterusnya ialah menjadikan
Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dalam semua sekolah
rendah dan menengah.
Seterusnya
Laporan Razak 1956 telah mensyorkan penubuhan satu jenis sekolah menengah
kebangsaan terbuka secara saingan kepada semua bangsa. Kurikulumnya menggunakan
sukatan pelajaran yang sama dan boleh diubahsuai untuk membenarkan pengajaran
semua bahasa dan kebudayaan Tanah Melayu serta mempunyai ruang untuk
berbagai-bagai bahasa menjadi bahasa pengantar. Penyata ini juga telah
mengorientasikan semua sekolah ke arah Tanah Melayu melalui kandungan sukatan
pelajaran dan jadual waktu yang sama. Penyata ini juga telah mengambil
langkah-langkah bagi memupuk perkembangan bahasa kebangsaan dan
mempertingkatkan pengetahuannya di Persekutuan Tanah Melayu. Dalam aspek
pengajaran pula, guru-guru sekolah rendah dan menengah mestilah mempunyai kelayakan
yang cukup. Semua guru akan diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional
dan sekaligus menubuhkan Jemaah Nazir Persekutuan.
Akhir
sekali, Laporan Razak 1956 mengambilkira beberapa matlamat dan akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia dan cadangan-cadangan
penyata tersebut akan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.
UNIT 11 : KONSEP PENDIDIKAN : EDUCERE DAN EDUCARE
Soalan
5 : Huraikan perbezaan antara educere
dan educare dari aspek berikut:
·
Konsep
·
Ciri-ciri
·
Contoh-contoh aktiviti harian
Educere bermakna
menzahirkan keupayaan diri atau ‘to lead out’. Bermaksud pembelajaran untuk
membina manusia yang mencapai tahap sedar-kendiri (self-realization) tentang
kewujudan diri dalam hubungan kewujudan makhluk-makhluk lain, alam dan Maha
Pencipta. Dari segi konsep, educere dilihat sebagai didikan. Ia lebih
memfokuskan kepada
komponen akliah atau intelek.
Matlamatnya adalah kepada pembinaan fikiran yang bijaksana dan rasional serta
pembinaan jiwa manusia yang murni. Manakala educare pula bermaksud latihan atau
‘to train’ mengikut keperluan seperti keperluan hidup, keperluan sosial,
keperluan pembangunan ekonomi dan sebagainya. Educare berakhir apabila
kemahiran yang diharapkan tercapai. Educare melihat manusia sebagai tin kosong
yang mana perlu diisi pengetahuan samada releven atau pun tidak. Konsep
pendidikannya, pembelajaran adalah berasaskan tertentu ataupun atas sesuatu
kepentingan.
Dari
perspektif ciri-ciri kedua-dua konsep ini pula, educere lebih bersifat normatif
di mana ianya lebih ideal dan menyeluruh mengenai manusia terdidik. Proses
pembelajaran educere tidak ada akhirnya kerana ia merupakan pembelajaran untuk
pembelajaran atau pembelajaran untuk menambah ilmu dan kebijaksanaan (learning
for the sake of learning). Hasilnya dapat dilihat secara implisit. Proses
pendidikannya adalah proses jangka panjang dan tidak ada batas sempadan.
Didikan mengutamakan pendekatan child-centred iaitu berbentuk pemusatan
individu. Ia berpegang kepada pengukuhan kemanusiaan iaitu untuk membina
manusia yang berakal rasional, sedar kendiri, berperibadi sejajar sebagai taraf
manusia, melebihi haiwan, tumbuhan dan makhluk lain. Pendidikannya adalah
sebagai satu kehidupan dan bukannya untuk kehidupan. Manakala ciri-ciri educare
pula lebih bersifat instrumental iaitu pembelajaran merupakan cara bagi
mendapatkan sesuatu keperluan seperti keperluan ekonomi, sosial dan politik.
Pendidikannya mesti relevan dan pragmatik demi kemandrian (survival) manusia di
dalam masyarakat atau pendidikan untuk sesuatu fungsi dan untuk manusia
berfungsi. Bagi latihan, hasilnya dapat dilihat dan diberi nilai tertakluk
kepada batas masa dan tempat. Misalnya pembelajaran yang berlaku di sekolah,
maktab, university atau institusi-institusi lain dalam tempoh masa yang
tertentu. Produk atau output latihan adalah pelajar yang menjalani latihan
dalam jangka masa yang ditetapkan. Educare bersifat tidak normatif kerana
terpengaruh dengan aspek sosialisasi iaitu penyedaran manusia untuk memainkan
peranan sebagai peserta dalam masyarakat.
Contoh konsep educere dalam aktiviti harian ialah kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berterusan daripada prasekolah sehinggalah
pencapaian keperingkat universiti. Manakala contoh bagi konsep educare pula
seperti memasuki sesuatu kursus kemahiran seperti menjahit dan membaiki barangan elektrik dalam sesuatu
tempoh tertentu.